Berikut 8 tip untuk menjadi dropshipper berjaya :
1. Cari produk popular atau viral
Penting untuk anda mencari produk popular yang dijual oleh seller kerana produk popular mempunyai kebarangkalian untuk dibeli pelanggan adalah tinggi. Kalau sebut baju kurung mesti anda dah terfikir brand apa kan, apa lagi Sabella, #bajutanpagosok. So anda mesti peka kepada trend masyarakat di negara ini.
2. Mengenali Seller atau pembekal berpotensi
Mencari pembekal yang berpotensi dan sangat boleh dipercayai amat penting dalam bisnes dropship. Pembekal yang berpotensi memiliki ciri-ciri seperti; memiliki kedai atau syarikat sendiri dan menyimpan stok barangan yang banyak.
Memperolehi harga yang murah atau harga kilang dari pihak pembekal membuatkan seorang dropshiper berpotensi memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.
3. Tumpukan hanya satu produk dan pembekal
Sebagai permulaan, promosikan satu produk sahaja dan satu pembekal untuk membolehkan anda mampu menguruskan bisnes dropship anda. Ini kerana jika anda mempunyai banyak produk dan pembekal, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguruskannya. Penumpuan kepada satu produk membolehkan anda mengenali potensi pembeli anda dengan lebih jelas.
4. Produk mesti anda cuba dahulu
Pastikan produk tersebut harus anda cuba dahulu untuk mengetahui tahap kualiti produk tersebut. Sekiranya produk tersebut berkualiti, barulah produk tersebut anda jual kepada pembeli di internet untuk mengelakkan timbulnya masalah dengan pembeli.
Harus mengetahui secara detail mengenai produk tersebut kerana pelanggan akan bertanya bermacam-macam soalan mengenai produk tersebut.
5. Memiliki ramai teman di laman sosial
Memiliki ramai rakan di sekeliling dan juga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Facebook mengizinkan semua pengguna boleh menambah rakan sehingga 5,000 orang. Jumlah tersebut adalah cukup ramai.
Jika anda mempromosi produk anda melalui Facebook anda, produk anda akan mudah terjual. Tetapi pastikan anda meletakkan gambar sebenar di profile Facebook, nama sebenar anda, alamat tempat tinggal dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Hal ini adalah sebagai syarat yang menjamin keyakinan rakan Facebook anda untuk membeli barangan anda.
Sekiranya anda tidak mempamerkan identiti anda dengan lengkap, misalnya, gambar profile bukan gambar sebenar anda serta menggunakan nama samaran, hal ini akan menurunkan kepercayaan pembeli kepada anda. Perkara yang sama juga boleh dilakukan melalui laman sosial yang lain seperti Twitter, MySpace, Tagg dan lain-lain.
6. Buka page sendiri di Instragram
Melakukan promosi produk anda melalui Instagram, Wechat, Whatsapps, Link dan lain-lain media sosial, sebagai cara anda untuk memperoleh pembeli. Instagram amat berpotensi untuk mendapatkan pembeli kerana anda boleh mendapatkan berpuluh ribu rakan dengan masa yang singkat.
7. Buka Fanpage di Facebook
Membuka fanpage mengenai produk anda di Facebook akan menjamin pembeli baru untuk melakukan pembelian produk anda. Jika anda telah memiliki rakan Facebook seramai 5,000 orang, ‘request‘ rakan-rakan anda untuk ‘like‘ fanpage anda dan anda juga boleh mengeluarkan sedikit modal dengan melakukan pembayaran melalui Facebook Ads untuk mendapatkan lebih banyak ‘like’ fanpage anda.
8. Belajar daripada Leader
Kebiasaannya dropshipper mempunyai leader yang memimpin anda. Contohnya leader menyediakan pelbagai training daripada pemasaran sehingga jualan.
9. Usaha gigih untuk berjaya
Ukuran kejayaan anda dalam bisnes dropship ini adalah bergantung kepada sejauh mana usaha gigih anda untuk mendapatkan pembeli.
Insyallah dalam apa jua yang kita buat jika kita gigih kita akan berjaya, ada dropship yang berjaya buat sehingga dapat beli rumah, boleh baca link ini LOAN RM350,000 LULUS DENGAN HANYA BUAT DROPSHIP SAHAJA.
Kalau adik-adik atau tuan puan nak cuba mancari pendapatan dropship boleh klink link bawah. Kami masih buka peluang untuk sesiapa sahaja ingin menjadi Dropship baju kurung secara percuma.
1 thought on “8 Tips Menjadi Dropship Berjaya”